Isnin, 30 Julai 2012

Tart Nenas

wahai isi hatiku..
ingin ku ceritakan sesuatu pada kali ini..
dah nak hampir separuh bulan kita menunaikan ibadah puasa..
alhamdulillah..
pada malam sebelum atikah balik ke asrama iaitu 27/8..
kami berkongsi serba sedikit tentang kami..
tiba-tiba keluarlah topik kuih raya..
masih awal lagi nak sembang pasal ni tapi tak apa laa..
kami teruskan saja..
tiba-tiba rafiq tanyakan kepada atikah..
yang rafiq nieh suka kuih raya apa..
kadang-kadang dia tahu tapi kali nie tak..
dia tak tahu rafiq suka kuih apa..
rafiq pown suruh la dia cari sendiri yang rafiq suka kuih apa..
dan dia memujuk rafiq supaya beritahu..
lama jugak la dia memujuk..
rafiq pown beritahu yang rafiq sangat sukakan kuih tart nenas..
dan tidak rafiq sangka dia pown menyukai tart nenas sama macam rafiq..
rafiq nieh mmmg gila tart nenas laa..
lau jumpa kuih tuu..
jangan harap nak kongsi dan atikah mempunyai perangai mcm rafiq..
hadoii..
xboleh bayang kalau dua-2 jumpa kuih tart nenas tuu..
mesti perang dunia ke-3 la jawabnya..
dan paling membuat rafiq terharu..
dia buatkan rafiq tart nenas..
sedap dia buat..
tapi kesian kat dia..
buat tart nenas untuk rafiq sampai tersengguk-sengguk..
Wan Nooratikah..
thankz for everything..
and i want you know..
i love you so much..
rafiq tak sangka kita berdua sangat suka tart nenas sampai tak mahu berkongsi dengan orang lain :)

Isnin, 23 Julai 2012

sedih-2

wahai isi hatiku..
hari ini aku sedikit sedih..
sebab mp3 aku sudah tidak berfungsi lagi..
dengan erti kata lain..
rosak la kowt..
aku pown xtaw la macam mana boleh tidak berfungsi..
padahal semasa aku bangun subuh tadi..
aku sempat mendengar ayat suci Al-Quran yang terdapat dalam mp3 aku..
selepas dengar surah tuu..
aku pown mengecas la mp3 aku..
sesudah balik dari masjid aku pown nak on la mp3 aku..
tiba-tiba aku dapati sudah tidak berfungsi..
dulu aku ada mp3 tp sudah hancus digilis kereta atau lori..
sampai kepingan jadinya..
kali ini tak berfungsi plak..
aku beli mp3 tu masa aku menang sketsa kelab setia..
mp3 nie yang terakhir aku beli..
xmo beli dah lepas nieh walaupown aku nieh tak boleh duduk kalau xdengar muzik..

mp3 aku macam nieh laa...


Jumaat, 20 Julai 2012

hanya suka-suka :)

Ya Allah..
cerita kali ini tidak ada kaitan dengan sapa-sapa pown..
saja ja post bagi nak hilang borinx masa subuh nieh..
sebenarnya rafiq tak suka orang tipu rafiq..
jika orang yang tipu rafiq itu beritahu rafiq yang dia dah tipu rafiq..
rafiq maafkan tetapi jika dia tidak beritahu..
dan rafiq dapat tahu yang dia tipu..
ia agak mengecewakan rafiq laa..
hope kepada pembaca-pembaca blog rafiq..
jika anda ada tertipu rafiq..
beritahu saja..
rafiq tak marah pown asalkan jangan rafiq dapat tahu kemudian hari.. :)
Assalamualaikum

ketakutan ..

Ya Allah..
kini hanya pada-Mu tempat aku mengadu..
kini aku sentiasa dalam ketakutan..
yang pertama..
aku takut segala amalanku tidak diterima-Mu Ya Allah..
ku takut azab-Mu Ya Allah..
dan yang kedua..
aku takut atikah tinggalkan aku..
aku sentiasa takut..
jika nanti atikah buat keputusan seperti kelmarin..
mungkin aku terpaksa relakannya..
ku tahu aku tak mampu hadapinya..
ku tahu aku akan terseksa..
aku tahu mungkin tiada senyuman bakal terukir..
tetapi aku tak nak dia mengalir air mata lagi..
aku tak nak dia terseksa apabila bersamaku..
sesungguhnya aku sangat menyayanginya Ya Allah..
Ya Allah..
Engkau terima la segala amal ibadatku..
dan jauhilah hamba-Mu daripada neraka-Mu

Rabu, 18 Julai 2012

memasak ..

wahai isi hatiku..
kali ini aku ingin menceritakan tentang minat aku..
aku ini memang minat memasak..
dan aku nak sangat kongsi minat aku ni bersama orang yang aku sayang..
teringin sangat nak memasak bersama dia..
nak tolong dia..
tak tahu la kenapa aku teringin sangat nak memasak dengan dia..
tapi dia tak suka orang tolong dia memasak..
macam mana nieh?
apa jua keadaan aku nak jugak tolong dia memasak.




Sabtu, 14 Julai 2012

Terpikat dengan 'mangkuk pijar' =D

wahai isi hatiku..
kali ini aku ingin menceritakan bagaimana aku boleh terpikat dengan 'mangkuk pijar'..
sebenarnya aku pown tak tahu macam mana aku boleh suka dia :)
tapi apa yang aku tahu aku selalu risau gila bila dia sakit..
masa tu awal tahun nieh laa..
dah la dia tu degil bukan kepalang..
susah nak suruh dia pergi hospital..
balik kepada cerita tadi..
bagaimana aku boleh terpikat dengan dia ?
banyak sebab tapi dia cakap sebab-sebab tu tak boleh pakai..
so ada 1 sebab ja laa..
sebabnya ialah aku jatuh hati dengan dia dengan agama..
maksud aku disini ialah dia nieh selalu pergi masjid untuk solat berjemaah..
subuh pown dia pergi masjid..
mana la nak jumpa remaja macam kita di lekat kat masjid..
dan alhamdulillah aku juga terikut dengan perangai dia yang selalu ke masjid..
dia juga jenis tidak mementingkan diri sendiri dan mengutamakan orang lain dari diri dia...
susah la nak jumpa perempuan macam dia nieh..
dan dia selalu buat aku terhibur tidak kira masa dan situasi..
dia penceria hari-hari aku..
setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk ke sekolah..
dia juga rajin peringat aku untuk solat..
dan aku bersyukur sebab aku memiliki wanita seperti dia..
dia membimbing aku mengenali Islam dengan lebih mendalam..
dan perkara terakhir..
pertama kali aku jumpa wanita macam dia yang sama hasratnya dengan aku..
hasrat aku ialah jika aku berkahwin..
aku nak 'honeymoon'..
aku nak pergi Mekah..
dan dia pown macam tu jugak..


Subhanallah..
kalau tanya perempuan la macam-macam tempat dia nak pergi seperti Paris,China,Korea dan lain-lain..
jika aku ditakdirkan bersama dia..
InsyaAllah aku akan ke tanah suci Mekah bersama dia
~AMIN~

Jumaat, 13 Julai 2012

budak sains menjadi budak grafik

wahai isi hatiku..
kini aku sudah mempunyai minat yang baru..
iaitu dalam photografi..
edit gambar dan merakamkan gambar..
pada mulanya aku buat hanya untuk suka-suka..
tetapi lama kelamaan aku minat untuk menceburi dalam bidang ini..
orang yang banyak mengajar aku dalam mengedit gambar ialah Khairulafiz..

cantikkan dia edit ??
inilah guruku yang ku sebutkan tadi.. :)

yang ini pulak gambar yang aku edit..
dalam banyak-banyak gambar yang aku edit..
gambar ini yang paling aku suka.. :D

apakah perasaan ini ?? =/

wahai isi hatiku..
sesungguhnya aku cemburu dan bercampur hairan..
aku ada seorang kawan..
baik la jugak =)
aku mula dahulu perasaan aku yang hairan ini..
dia nieh dulu suka dan syg mangkuk pijar aku nieh..
dah lama dah..
dari form 1 lagi..
dia nieh rajin solat,suka perempuan solehah,nak kata kuat agama pown bole jugak
tp yang hairannya atikah nieh tidak memilih kawan aku tuu..
sedangkan tikah pilih aku..
kenapa aku??
bukan aku tak suka atau nak pertikai perasaan tikah..
tak ada maksud macam tuu pown..
perbezaan yang amat ketara..
dia seorang yang kuat agama,tidak suka melukakan perasaan wanita..
sedangkan aku selama ini manusia yang jahil..
manusia yang lupa akan Allah..
yang sedang kembali ke pangkal jalan..
pasal kes cemburu pulak..
aku bukannya cemburu sebab dia dapat perempuan yang cantik..
aku tumpang gembira sebenarnya..
lagipown perempuan tu pown kenalan aku jugak..
aku cuma cemburu berdasarkan cara dia menjaga hati wanita dan juga bidang agama..
kalau bidang agama tu aku sendiri tak tahu apa aku patot cemburu atau tidak..
tetapi cara dia menjaga hati wanita..
aku tahu dia tak pernah sakitkan hati orang yang dia sayang..
tapi aku... hurm =(
faham-faham ja laaa..
aku doakan kedua-dua kenalan aku itu kekal bahagia =)
~AMIN~




sayang...
aku hanya insan yang jahil..
insan yang sedang kembali ke pangkal jalan..
apa kau masih menerimaku ??

Drama team =)

wahai isi hatiku..
kali ini aku nak bercerita tentang pasukan drama Bahasa Inggeris..
aku dan kawan-kawanku sudah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut..
aku masuk pown sebab madam cakap oral test mesti A kalau masuk drama..
disebabkan aku lemah sangat dalam Bahasa Inggeris..
kami semua berlatih tanpa henti..
komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan drama ini..
telah membuahkan hasil..
dan alhamdulillah kami dapat tempat ke-2..
walaupown memang sepatutnya kami menjadi johan tetapi apakan daya..
juri berat sebelah..
dia lebih memilih DERMA daripada PUTRA..
xpa la. mungkin bukan rezeki kami untuk pergi Sabah..
jika kami diberi peluang untuk beraksi pada tahun hadapan..
kami berjanji dan bertekad kami nak tebus balik hak yang sepatut menjadi hak kami..


dan kami enjoy melakukan persembahan.. 
dan tajuk drama kami adalah 
The Peace of The Jackfruit 





aku nieh nak berlakon atau nak bernikah nieh?? hehe =)

amacam?? baru 6 orang ja nieh. ada lagi

kami warga Putra dan Putra drama's team =)

kegilaan kami sebelum persembahan dan membuat kami tidak berasa debarannya :)

serius dengan watak masing-masing..
rezza sebagai Tun Bija Ali
dan aku sebagai Sultan Mahmud Shah

macam menari disko plak. tak padan jari bengkok. haha :)

nampak haziq bawak apa tuu??
itulah buah nangka
punya la besar buah nangka tuu

Khamis, 12 Julai 2012

Aku gagal lagi =(

wahai isi hatiku..
aku gagal lagi =(
aku x larang dia makan timun dan nenas..
sebab aku x larang..
dia sakit..
kesian dia..
aku xnak dia sakit...
kalau boleh biar aku yang tanggung sakit dia..
aku sanggup aku yang sakit dari dia yang sakit..
kenapa aku x halang dia ??
aku gagal untuk kali kedua..
sungguh teruk diriku ini ..
aku sangat sedih kerana aku lelaki yang teruk =(

Rabu, 11 Julai 2012

teman setia =)

wahai isi hatiku..
aku sungguh gembira dan bersyukur kerana mempunyai teman setia seperti dia..
dia selalu berada ketika susah dan senang,suka dan duka,
semuanya kami tempuhi bersama..
dia sangat istimewa untukku..
dan aku sudah berjanji pada diriku..
aku ingin buat dirinya mengalirkan air mata kegembiraan..
kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang tentukan..



Ya Allah..
jika benar dia takdirku..
kekal lah kami bersama..
doa ini tidak pernah lekang memohon kepada-Nya..
harap doa ku ini diperkenankan.. 
~ AMIN ~

aku gagal =(

wahai isi hatiku..
aku terlalu sedih..
aku sudah gagal..
aku sudah gagal menjaga hati dan perasaan dya..
aku dah gagal menjadi lelaki yang baik untuk dya..
aku dah lukakan hati dya..
huhuhu..
aku gagal !
aku gagal ! ='(
patot kah aku senyum selepas aku sudah membuat kamu sakit hati ? =(

Selasa, 10 Julai 2012

senyuman :)

wahai isi hatiku..
apa yang perlu aku lakukan untuk membuat dya tersenyum.membuat dya ketawa kembali?
meski aku telah mencuba tetapi tidak berhasil
aku tidak suka melihat dya mcm itu..
aku nak gembirakan,membuat dya tersenyum..
aku lupakan sakit belakang aku.
aku lupakan sakit kepala aku,
aku lupakan mata aku yang kian kabur..
hanya untuk melihat dya tersenyum.
untuk melihat dya bersemangat,
untuk melihat dya kembali riang.
tanpa senyuman darinya.
aku seakan2 lemah,sudah tidak punya semangat,
wahai sayang..
senyum la kembali :)

Sabtu, 7 Julai 2012

Rindu...

rindu mangkuk pijar larh!
hadoii.. sangat rindukan dya.
aku nak tngok dya senyum dihadapanku,
dya ketawa bersamaku..
meskipown dya nieh nakal, suka mngusik
tetapi aku tetap sayangkan dya..
pada 7/7/2012..
sebelum dia balik asrama dya ada bagi kek..
SEDAP !
rindu kek dya..
kek yang menambat hatiku untuk terus merasa masakannya
walaupown xsetanding masakan mak aku..
harap awak sihat selalu sayang :)
i miss you so much


                             
 harap kita terus bersama walau apa jua rintangan
  i love you sayang :)

Ahad, 1 Julai 2012

Dilema

assalamualaikum..
kali ini agak sedih perasan aku nieh..
sekarang ada budak perempuan yang xdikenali sedang menganggu my mangkuk pijar..
kesian kt mangkuk pijar..
serabut kepala dya dan aku tahu dya terseksa..
aku xnak dya terseksa..
apa perlu aku lepaskan dya??
huhu..tapi aku xsanggup !!
aku banyak bagi dya masalah..
huhu..aku memang xguna!!
Ya Allah..jika benar ini dugaan yang Engkau berikan kepada kami..
aku redha Ya Allah..
dan aku berharap mangkuk pijar aku juga kuat menghadapi ujian-Mu Ya Allah..
sesungguhnya aku menyayangi dya..
dan aku mahu jalani kehidupanku bersama dya..
insyaAllah